Blogger Widgets

Wednesday, 18 July 2012

PENGENALAN SISTEM PNEUMATIK


Sebaik sahaja Pneumatik diperkenalkan di Amerika Syarikat, ia mengambil masa yang agak lama untuk diperkenalkan kepada negara-negara lain terutamanya Eropah.

Pneumatik telah pun digunakan secara meluas di Amerika Syarikat iaitu sebelum Perang Dunia II. Jenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus.  Selepas itu ‘plane slide valve’ diperkenalkan, di mana angin ekzos petunjuk dikeluarkan melalui sebuah solenoid valve 2/2 yang kecil.  Pada kedua-dua perkara yang disebut di atas, pengawalan adalah menggunakan elektrik dengan litar relay.  Dengan adanya ramai juru elektrik, tidaklah menjadi masalah untuk membina kabinet kawalan yang agak baik.

Di Eropah, pneumatic hanya diperkenalkan selepas Perang Dunia II, dimana pada masa tersebut Eropah mengalami zaman kemelesetan.  Dengan ini, ia tidak mempunyai teknologi yang tinggi untuk pembuatan injap tanpa ‘seal’, seperti yang digunakan di Amerika Syarikat sebelum perang berlaku.  Dengan itu pengeluaran yang pertamanya adalah agak mudah dan injap ‘popet’ banyak dikeluarkan.  Injap kuasa popet hanya boleh beroperasi dengan piston pneumatik.  Untuk mengatasi daya operasi  angin yang tinggi, kawalan pneumatik dimajukan.  Selain daripada itu, pemanduan solenoid pada masa itu tidaklah mempunyai reliability yang baik.  Untuk mengelakkan penyambungan lemah di antara kawalan elektrik dan kuasa pneumatik, kawalan pneumatik sahaja dimajukan ke tahap yang lebih tinggi  di Eropah, menggantikan operasi pemanduan solenoid dan kawalan elektrik.

Pada tahun 1960an, teknologi baru dari Amerika Syarikat diperkenalkan pada semua negara perindustrian di dunia iaitu “Fluidics” dan teknologi pneumatic switching (tanpa alatan bergerak).  Kedua-dua prinsip utama ini, yang diasaskan dari “Wall Attachment” (Coanda Effect) dan “Turbulence Amplifiers”, lenyap sebaik sahaja ia diperkenalkan tanpa mendapat peranan yang agak popular.   Salah satu sebab kejatuhan  projek ini ialah  kos kawalan elektrik pada masa itu sangat tinggi.  Selain daripada itu, pengetahuan dan komponen adalah berkurangan untuk membina bekalan fluidics yang sesuai.  Pada masa sekarang, solenoid yang beroperasi mempunyai reliability yang tinggi dan tahan lama.



Penggunaan sistem pneumatik di bengkel


Gambarajah asas sistem pneumatik


KOMPONEN SISTEM PNEUMATIK


Tahukah anda apa yang dikatakan sistem pneumatik?. Pneu merupakan perkataan yang berasal dari Greek yang bermaksud angin, manakala matik pula merujuk kepada kuasa.  Oleh itu, sistem pneumatik bolehlah ditafsirkan sebagai sistem yang digerakkan oleh kuasa angin.

Sistem pneumatik menggunakan udara termampat sebagai media pemindahan kuasa. Udara termampat adalah udara sekeliling yang telah dimampatkan dengan menggunakan pemampat udara kendalian motor elektrik.

Sistem pneumatik banyak digunakan dalam industri pemasangan komponen elektronik, mesin memproses makanan, alat pneumatik seperti mesin gerudi, motor udara dan lain-lain. Sebagai contoh, sistem pneumatik juga digunakan oleh bas pada sistem pintu automatiknya dan juga pada bahagian brek.  Gambarajah blok komponen sistem pneumatik adalah seperti dalam gambarajah di bawah :


                                      Blok Komponen Sistem Pneumatik


Pemampat Udara

Berfungsi untuk mengumpulkan udara dan memampatkannya dari tekanan udara kasar ketekanan tertentu. Contohnya Pemampat Putaran dan Pemampat Salingan.

Pengering Udara

Berfungsi untuk mengeringkan udara yang telah dimampatkan daripada wap air sebelum udara dihantar ke sistem untuk mengelakkan komponen pneumatik dari berkarat.  Contohnya Pengeringan Serapan dan Pengeringan Jerapan.

Penerima Udara

Berfungsi untuk menyimpan udara yang telah dimampat dan dikeringkan sebelum dihantar ke sistem.  Penerima udara juga dikenali sebagai tabung udara.  Ia juga boleh mengawal tekanan angin yang terdapat di dalamnya.

Unit Servis

Unit servis terdiri dari tiga komponen iaitu pengatur tekanan, tolok tekanan dan pelincir.  Ianya berfungsi untuk mengawal tekanan dan melincirkan udara sebelum dihantar ke sistem.

Injap Kawalan Arah

Ianya berfungsi untuk mengawal arah gerakan penggerak.

Penggerak

Ianya merupakan komponen terakhir yang terdapat dalam sistem ini. Berfungsi untuk melakukan kerja sebagaimana yang telah dikehendaki. Terdapat pelbagai jenis penggerak seperti rod keluar masuk, putaran dan nyalaan.

PENYAMBUNGAN PNEUMATIK


KEBAIKAN SISTEM PNEUMATIK


  • Mudah disalurkan untuk jarak yang jauh dan mudah disimpan. Iaitu kebolehdapatannya tidak terbatas.
  • Udara tidak tertakluk kepada suhu dan tidak mudah terbakar.
  • Dapat menyediakan cara yang berkesan untuk pendaraban daya, mudah diselaraskan dan tiada masalah beban.
  • Udara dapat menyediakan kebolehlenturan dalam kawalan mesin.
  • Dapat memberikan sambutan yang cepat untuk memulakan dan memberhentikan kawalan.
  • Udara tidak memerlukan aliran baik.
  • Udara adalah bersih, kebocorannya tidak akan mencemarkan persekitaran.
  • Isipadu udara rendah, jadi pergerakannya lebih laju berbanding dengan minyak hidraulik.
  • Komponen sistem pneumatik mudah dibina jika dibandingkan dengan sistem lain.

Tuesday, 17 July 2012

KEBURUKAN SISTEM PNEUMATIK


  • Udara termampat memerlukan persediaan sistem yang teliti.
  • Udara yang terkeluar dari proses pemampatan mengeluarkan bunyi yang bising.
  • Walaupun kos penyelenggraannya rendah tetapi kos penyediaannya tinggi.
  • Keperluan dayanya terhad, hanya dari 20 kN-30kN.
  • Kebolehmampatan tidak dapat menghasilkan kelajuan piston yang malar dan seragam.
  • Untuk menjadi sumber kuasa, udara termampat boleh dikatakan mahal.
  • Ianya menggunakan banyak paip.